Perkara yang berlaku pagi tadi, bukan pertama kali, tapi dah beberapa kali..Mungkin faktor usia, atau memang dah perangai gelabah tak bertempat :-)
Rutin pagi, macam biasa menguruskan anak2 nak ke sekolah, termasuk urus diri sendiri yang entah terurus ke tak..muahaha..Keluar rumah, biasanya dah set nak pakai kasut apa untuk hari tu (macam banyak beno je kasut, padahal 3-4 pasang ja nan ado) Duk kalut keluar masuk keluar masuk rumah mengangkut barang segala ke dalam kereta, dengan keyakinan yang tinggi tanpa menoleh kiri kanan, terus menghantar anak2 ke sekolah.
Sampai sekolah Aqilah, keyakinan yang tinggi tadi masih membara. Selepas sesi kiss2 bye2 dengan Aqilah, aku pun bergerak ke kereta. On the way ke kereta tu, cikgu2 menyapa dari jauh. Masa tu dah rasa lain macam, apasal aku jalan macam tinggi rendah je ni. Tak toleh kiri kanan terus tengok bawah. Haaa..itu dia, kanan hitam kiri coklat. Memang padanan yang baik. Ntah macam mana la aku tersarung kasut hitam basahan kat rumah ni, aku pun tak tau (padahal tau, hehe sebab gelabah).
Ingat nak terus je pergi kerja dengan padanan kasut yang sangat match itu, tapi memikirkan ada meeting petang tu, aku gagahkan juga balik rumah. Nasiblah rumah dekat.
Ok, itu saja ke'sengal'an untuk hari ini. Moga hari mendatang tiada kesengalan lagi =♥