Tuesday, June 19

Pavlova d Lova



Mula berkenalan dengan cik Lova ni kat rumah Kak LG, terus terpikat. Tengok cara-cara nak buat macam susah je, tapi sebenarnya tak la susah mana..hehe yang penting masa nak buat meringue tu memang banyak la pantang larang yang kena dipatuhi, kalau tidak gamaknya tak jadi la cik Lova ni.

A very light yet yummy dessert..Crispy at the outside, marshmallow soft in the inside...Worth to try, sebab mahal wei kalau beli, padahal tidak la susah mana pun..Nak tau cara-cara membuatnya, tengok kat sini ye.


 Tak tergoda ke tengok krim yang seksi tu?hehe

Kalau mengikut sejarah, nama Pavlova di ambil sempena nama penari balet Rusia bernama Anna Pavlova. Masa tu, Anna Pavlova melawat Australia dan New Zealand pada tahun 1920-an. Menurut sumber, negara asal wujudnya Pavlova ini adalah New Zealand, tapi Australia pun mengaku Pavlova wujud dari negara dia. Maka bergaduh la dua negara ni merebutkan si Lova ni. Haila, macam-macam. Tak kisah la ye dak, yang penting terima kasih pada chef yang mencipta dessert ni, sangat la sedap.

 Nak letak buah apa2 pun boleh je, nak letak grated chocolate pun boleh, ikut suka anak tekak masing2..

 Ni masa first time mencuba resepi ni, gambar sebelum di masak.

 Pakai whipping cream yang ready dalam botol tu je.

Agak kemik tapi tetap sedap.

p/s: Jangan lupa mencuba, pasti tak menyesal punya..

No comments:

Post a Comment