Thursday, September 22

Berdikari

Aqil

Malam tadi, buat pertama kalinya, Aqil tidur dalam bilik sendiri. Mama tak paksa pun.
Perbualan malam tadi, di bilik Aqil.

Mama : Aqil tidur sini ye malam ni, tidur dengan Upin Ipin, nak tak? (kat dalam bilik ada tampal sticker Upin Ipin dan Ben 10)

Aqil : Nak tidur dengan Ben 10.

Mama : Ok, dengan Ben 10 sekali. Mama tidur dengan adik tau kat bilik depan.

Aqil : Ok. Tak yah tutup lampu eh.

Mama : Ok.

Mama pun bawa adik pergi bilik depan untuk tidur. Oleh sebab lampu bilik Aqil terbuka, terdengar la dia main lagi dan bunyi pintu almari dibuka. Hmmm...tak kisahla, kalau dia takut nanti dia datang la kat mama.

Pukul 3 pagi mama terjaga, tengok juga la kat sebelah kalau-kalau Aqil masuk bilik tidur dengan mama. Eh , takde pun Aqil. Mama pun jenguk la kat bilik Aqil. Sedang tidur dengan lena. Takde kesan airmata pun, maknanya Aqil tak nangis. Mama tarik katil yang bawah, takut2 Aqil jatuh katil nanti, takde la jatuh atas lantai (memang betul, bangun sembahyang Subuh, Aqil dah kat katil bawah dah pun). Kemudian ternampak patung One Piece papa disusun dengan elok je dalam almari. Owh ini rupanya keje Aqil buka tutup almari. Asalnya patung One Piece tu mama letak kat bawah je, sebab nak prepare katil untuk Aqil. Tak sangka pulak dia ambil patung tu dan susun kemas je kat dalam almari. Huhuhu dah besar anak mama..

Adik

Aik pulak, tengah ligat berjalan. Orang baru pandai jalan, baru dapat kaki orang kata. Nak makan pun sambil berdiri. Sekarang, adik dah pandai dengar arahan. Mama suruh masuk baju kotor dalam bakul pun adik dah pandai. Adik pun dah pandai nak main dengan abang, share minuman dengan abang, baca buku sama-sama dengan abang.

Huhuhu cepatnya anak-anak mama membesar.
Semoga anak-anak mama jadi manusia yang berguna suatu hari nanti, InsyaAllah.

Monday, September 12

Travelling With Strangers

Siapakah 'strangers' itu? The 's' shows the plural, means banyk makhluk asing..hahaha

Kisah 1 : Si Semut

Raya kedua, keluarga mak mertua dan adik beradik sepakat untuk pulang beraya ke kampung di Temerloh tercinta. Memandangkan rumah pusaka terletak di lereng bukit, dan dengan kawasan meletak kereta yang terhad, maka en suami terpaksa meletakkan kenderaannya di bawah pokok rambutan. Ceh macam nak jawab karangan bahasa melayu je..hehe Keesokkannya, ketika mahu pulang ke KL, bapa mertua mengkhabarkan bahawa ada semut masuk dalam kereta tetapi dia dah kibas-kibas kasi buang itu semut...then, FINE. Kemudian, sepanjang perjalanan pulang, seekor-seekor semut keluar dan mula memanjat di kesemua dinding dalam kereta. Hish, tak boleh jadi ni, kata ku bermonolog..Mana yang aku sempat capai, aku picit2 la..hehe Mau dekat 30 ekor yang berjaya aku penyet. Bila sampai KL, pergh banyak betul semut kat atas bumbung kereta.. Aku sedapkan hati, semut ni nak balik KL, tapi tiket bas dah abis, jadi dia tumpang la kitaorang..

Kisah 2 : Si Katak

Raya ke tujuh, aku dan anak-anak nak balik Johor dari rumah mak. En suami sudah selamat ke Kelantan untuk berkursus. Maka aku drive sendiri la, FINE. Aku bawa kereta ayah, sebab kereta aku masih dalam bengkel gara-gara accident. Semasa sedang enak-enak memandu, tiba-tiba..ada katak keluar dan merayau di bawah seat driver (kat kaki aku la tu). Terus aku gelabah macam nak apa je, terus bagi signal untuk berhenti. Geli weh...Berhenti kereta, cari balik katak tadi, x jumpa-jumpa. Wah macam mana ni?? Dah la panas buta, Adik plak nangis-nangis. Aku dah seram sejuk, kang kot aku drive balik kang, dia keluar semula, macammana? huhuhu haru betullah katak ni. Puas aku cari x juga jumpa. Last2 aku nekad untuk teruskan drive. Sampai Johor dia tak keluar.

Sebelum balik rumah aku singgah rumah sahabat, Cik Nina. Beria aku cerita pasal si Katak ni kat dia...Tumpang mandi bagai, dah nak maghrib, aku minta izin balik rumah. Baru lima minit drive, tetiba, si katak tadi keluar dan panjat paha aku..diulang PAHA aku...wah nak nangis je rasa, apalagi aku terus tepis katak tadi dan bawa kereta selaju yang boleh (sebab nak parking tepi x boleh, bahu jalan kecik sangat). Si Abang pun sibuk cari si katak..hahaha seram sejuk terus badan aku waktu tu. Sampai-sampai rumah, parking, cari kata x jumpa juga. Dah azan maghrib plak, terus aku bawa budak-budak masuk rumah dulu. Plannya, nak bawa kereta pergi carwash malam tu, nak minta budak-budak tu carikan katak tadi.

Lepas solat isyak, aku pergi ke kereta untuk keluarkan barang sebelum pergi carwash. Masa punggah barang tu, tetiba si katak tadi terpacul kat atas seat belakang. Memang terkejut mak nenek semua ada..huhuhuhu Aku dengan semangat yang kuat menepis katak keluar dari kereta. Dah la gelap, siap aku suluh katak tu nak pastikan yang dia dah betul-betul pergi jauh. Terus cancel pergi carwash sebab budak-budak pun dah nak masuk tidur. Esoknya baru aku pergi basuh kereta.

Haila, macam-macam hal. Memang dugaan betul.
Lucu pun ada, geli pun ada, inilah pengalaman aku mengembara dengan strangers..hehe