Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, September 3

5 Tahun Sudah

Aku bukan jenis yang suka sambut harijadi, cukuplah sekadar ingatan dan sedikit doa. Tetapi tahun ini, aku tempahkan kek untuk Aqilah bagi menceriakan dia yang sedikit down selepas peristiwa itu ( No need to remember I will keep the story to myself). 1st time tempah kot selepas 5 tahun.

Aku tempah kek tema Ana Muslim di Kedai D'Honey Bakery, Parit Raja. Dalam dia kek coklat dengan lapisan jem blueberry. Alhamdulillah sangat berpuas hati dengan hasilnya.

Aku pun sediakan sedikit hadiah untuk rakan2 sekelasnya. Dan Aqilah siap belikan hadiah special untuk bestfriends dia; Wafiy, Naomi, Farah dan Ilya. Seronok tengok Aqilah gembira dan itulah yang aku harapkan.

Hari sebelumnya, sempatlah aku buat Moist Choc Cake dan dihias oleh PaTeh yang tak berapa pro..hahaha jadilah asalkan ada. Kebetulan cuti merdeka balik kampung, dapatlah raikan dengan atok nenek dan pak sedara.

Semoga Aqilah membesar menjadi anak yang solehah dan disenangi semua orang.

Mama sayang Aqilah sangat2!!

Kek tema Ana Muslim, Aqilah yang pilih sendiri.

Pose dulu sebelum pergi sekolah. 

Sedikit hadiah untuk kawan2 sekelas.

Belasah je janji hado..hihi

Moist Choc Cake, resepi simple tapi sedap. Nanti boleh buat lagi..
Aqilah 5 tahun dulu. 


Saturday, December 24

Ole-ole Dari UK

Cuti krismas tahun ni, kitaorg balik Sh Alam...Sebab utama, nak jumpa Mama Leen yang balik bercuti selama 2 minggu..dan sebab, ada kirim barang yang comel..hahaha Aku ni kan, bab2 gadjet masakan ni memang la suka membeli, guna nya tu yang entah bila..huhu takpe, semangat memasak perlu ada kan...(mode sedapkann hati,hehehe) Jom tengok apa barang yang comel tu..hehe


My 1st Set Silicone Mould Baking Ware...

Gigih tak gigih, kat UK benda ni 1 pound je, lebih kurang RM5 duit mesia..Mama Leen beli kat Poundland..kat sini memang semua barang harga 1 pound.Dulu masa duduk UK, sudip,kuali, cawan, pinggan semua aku beli kat sini sebab murah..Kedai ni lebih kurang macam kedai RM2 kat mesia..

Apa benda yang aku beli..Yang dalam gambar, ada dua set cupcakes mould, 1 set loaf mould. Sebenarnya, aku pesan muffin tray, tapi sebab takde stok, maka inilah yang disambar oleh Mama Leen.. TQ Mama Leen, nanti boleh kirim lagi eh.

Tuesday, July 26

Hanya Dia Yang Tahu

Allahu Akbar..

Sesungguhnya Allah lah yang mengetahui apa yang terbaik utk umatnya.
Kakak tersayang akhirnya kembali ke rahmatullah pada 16 Julai 2011, 14 Syaaban, sehari sebelum harijadi Aqil. Sungguh berat kami sekeluarga menerima takdir ini, tetapi kami redha dengan ketentuannya. Apa yang ditentukan Allah itulah sebaik-baiknya.

Walaupun begitu, aku bersyukur, pemergian Angah sangat dipermudahkan. Baik dari urusan jenazah, mandikan, kapankan, kebumikan, semua berjalan dengan sempurna. Ramai betul kawan-kawan Angah datang dari Sg. Koyan, walaupun perjalanan mengambil masa hampir 5 jam. Allahuakbar, sesungguhnya orang yang baik Allah akan jemput awal.

Macammana pula nasib aku kelak? Semoga aku juga akan mati dalam iman, itulah yang aku selalu doakan. Dan semoga Allah terus memberi hidayah untuk aku terus menikmati nikmat ibadah..amin

Thursday, July 14

Johor-N9-Pahang

Ok,ok..it's not a trip anyway..it's more about my journey to visit my lovely sis, Cik Ju. She is admitted in Hosp Kuala Lipis now, for kidney suspection. She might be tranfer to Hosp Temerloh for further inspection.

Oh Allah, please save my sister, may she recover sooner as it is hurt to know that she is not as cheerish lady as before.

I'll drive alone with my two diamonds heading to Along's place. Thanks Along for voluntering his car for the trip tomorrow. Then move to Palong, stay one night, before start the journey on the next day with Ayah and Papa also. Hope the journey and wheather will be fine..Amin