Alhamdulillah..Dah umur lebih suku abad ni, Allah uji aku dengan penyakit Chicken Pox. Dah 2 minggu berlalu,tapi kesan penyakit itu masih ada. Apa lagi, parut la..hehehe Walaupun penuh satu muka dan badan, tapi aku redha dan berfikiran positif. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan...
Apa yang dapat aku simpulkan, petua orang tua ada yang tak berapa sesuai dilaksanakan:
1. Minum air kelapa - petua orang tua, suruh minum air kelapa.
Hakikatnya : kalau kena chicken pox, JANGAN minum air kelapa, sebab air kelapa akan neutral kan ubat. So, bila ubat tak berfungsi dengan baik, virus akan menyerang dengan lebih bahagia sebab tak ada protection. Itu yang chicken pox akan keluar dengan banyaknya...(aku dah minum air kelapa, baru tau benda ni,padanlah dengan muka aku..haha)
2. Mandi - orang tua ada yang tak bagi mandi kalau kena chicken pox.
Hakikatnya : JANGAN tak mandi ye kawan2, berlengas badan. Kuman dan bakteria banyak kat kawasan2 chicken pox tu, maka haruslah dibersihkan. Seeloknya guna sabun yang neutral dan anti bakteria, contohnya SebaMed. Lepas mandi, harus sapu calamine lotion,untuk kurangkan rasa gatal kat tempat chicken pox tu.
3.Jangan menumis dalam rumah.
Hakikatnya: yang ni aku tak faham apa tujuannya. Aku belasah je,masak rebus2 pun aku nk kena tumis juga, kalau tak memang tak lalu nak makan. Dah la chicken pox banyak dalam mulut. So far, tak nampak pulak aku kaitan menumis dengan chicken pox.
4. Jangan makan kicap, nanti parut hitam.
Hakikatnya: Aku memang bukan hantu kicap, so aku memang tak makan kicap. Tapi yang aku perasan, tempat chicken pox tu memang akan jadi hitam juga tak kira ko makan kicap ke tidak. So belasah jelah nak makan apa pun kan..hehe
Inilah kesimpulan yang aku dapat buat berdasarkan pengamatan tak bertauliah menjaga 2 orang anak dan diri sendiri yang kena chicken pox. Apa yang penting adalah mengawal suhu badan agar tak melebihi 38 degree. Makan ubat demam 4-5 jam sekali. Kalau suhu badan tinggi juga, teruslah ke hospital, sebab chicken pox ini pun boleh menyebabkan kematian. Bayi dan ibu hamil perlu dijauhkan dari orang yang kena chicken pox ini, sebab tinggi risikonya.
Apa2 pun, thank you Allah atas ujian ini. Masa minggu pertama kena chicken pox tu, nak nangis pun ada, tapi aku positif kan diri, ramai lagi yang dapat penyakit yang lagi teruk dari aku. Sekurang-kurangnya,aku masih mampu menjalankan aktiviti rutin walaupun terhad. Tak akan aku lupakan pengalaman 2 minggu yang indah ini, In Shaa Allah.
Showing posts with label Musibah. Show all posts
Showing posts with label Musibah. Show all posts
Sunday, March 10
Monday, March 26
Akhirnya..
Tumpah juga air mata...
Tak tau kenapa rasa sedih sangat..
Datang kerja, tapi jiwa entah ke mana..
Datang mesyuarat, tapi fikiran melayang jauh ke mana..
Jumpa kawan-kawan, gelak-gelak, tapi hakikatnya, aku tiada di situ...
Rasa macam keseorangan..
Tak ada tempat nak mengadu...
Hilang arah hendak di tuju..
Hilang semangat nak jalankan tugas..
Balik rumah pun, rasa nak baring je..
Sian anak-anak...
Maafkan mama sayang,
Mama akan cuba kuatkan semangat mama..
Ujian apakah yang sedang aku hadapi..
Hanya Allah sahaja yang tahu...
Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ku...
Hanya engkau yang mampu mengubati hati ini...

Thursday, August 25
10 Ramadhan Terakhir
Ramadhan kali ini banyak perbezaan dengan yang terdahulu.
Kalau Ramadhan yang lalu, aku pregnant dan melahirkan Aqilah pada 22 Ramadhan. Satu berita gembira buat aku dan keluarga pastinya.
Ramadhan kali ini, Allah takdirkan aku untuk terlibat dengan accident pada 20 Ramadhan. Aku yang bersalah, menyebabkan seorang penunggang motor cedera. Argh, betapa sedih, menyesal dan trauma aku dengan kejadian itu. Tetapi, aku tetap redha dan pasrah dengan qada' dan qadar. Setiap yang berlaku, ada rahsia dan hikmah disebaliknya. Perlu dilihat dari sudut positif. Kalau melihat dari sudut negatif, boleh gila kita dibuatnya. Ya Allah, Dia yang berkuasa dengan apa yang ada di langit mahupun di bumi. Semoga Allah terus melindungi aku dan keluarga dari bencana malapetaka dan gangguan syaitan khususnya. Kau lembutkanlah juga hati penunggang motor itu untuk memaafkan kecuaian dan kelalaian aku, Ya Allah. Amin
Semoga sisa-sisa Ramadhan ini membuka pintu ke arah kebaikan yang akan berkekalan sehingga Ramadhan tahun depan , InsyaAllah.
p/s: bestnya dapat buat kerja sambil dengar lagu Maher Zain, Irfan Makki dan Sami Yusof.

Subscribe to:
Posts (Atom)