Aku bukan jenis yang suka sambut harijadi, cukuplah sekadar ingatan dan sedikit doa. Tetapi tahun ini, aku tempahkan kek untuk Aqilah bagi menceriakan dia yang sedikit down selepas peristiwa itu ( No need to remember I will keep the story to myself). 1st time tempah kot selepas 5 tahun.
Aku tempah kek tema Ana Muslim di Kedai D'Honey Bakery, Parit Raja. Dalam dia kek coklat dengan lapisan jem blueberry. Alhamdulillah sangat berpuas hati dengan hasilnya.
Aku pun sediakan sedikit hadiah untuk rakan2 sekelasnya. Dan Aqilah siap belikan hadiah special untuk bestfriends dia; Wafiy, Naomi, Farah dan Ilya. Seronok tengok Aqilah gembira dan itulah yang aku harapkan.
Hari sebelumnya, sempatlah aku buat Moist Choc Cake dan dihias oleh PaTeh yang tak berapa pro..hahaha jadilah asalkan ada. Kebetulan cuti merdeka balik kampung, dapatlah raikan dengan atok nenek dan pak sedara.
Semoga Aqilah membesar menjadi anak yang solehah dan disenangi semua orang.
Mama sayang Aqilah sangat2!!
No comments:
Post a Comment