Monday, March 26

Akhirnya..

Tumpah juga air mata...
Tak tau kenapa rasa sedih sangat..
Datang kerja, tapi jiwa entah ke mana..
Datang mesyuarat, tapi fikiran melayang jauh ke mana..
Jumpa kawan-kawan, gelak-gelak, tapi hakikatnya, aku tiada di situ...

Rasa macam keseorangan..
Tak ada tempat nak mengadu...
Hilang arah hendak di tuju..
Hilang semangat nak jalankan tugas..

Balik rumah pun, rasa nak baring je..
Sian anak-anak...
Maafkan mama sayang,
Mama akan cuba kuatkan semangat mama..

Ujian apakah yang sedang aku hadapi..
Hanya Allah sahaja yang tahu...
Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ku...
Hanya engkau yang mampu mengubati hati ini...
 


Wednesday, March 21

Entrepreneurship

These two words, entrepreneur and entrepreneurship are my best friends for this semester. Everyday I will try to think like an entrepreneur. And actually, I love to be an entrepreneur. I have got a plan to have my own business one day, InsyaAllah. Pastry and dessert for sure..hehehe..So the chances given hopefully will help me become a successful entrepreneur later.

 So, what did I do to act like a pro expert entrepreneur in front of my students? The word is READING!! Yeah, to enhance the knowledge, I read entrepreneur blogs, entrepreneur books, lectures online and videos on youtube.  The book that I love most is Nota Jutawan Nota Perniagaan by Irfan Khairi. This book is simple, full of illustrations, colourful and a lot of tips given for young entrepreneur.

 Picture taken from here

The latest book I just bought yesterday was Toolkit Usahawan Junior by Khairul Afzan Aziz. I am not finish with this book yet but the contents are just awesome too.

Picture taken from here


I love giving inspiration, motivation and tips to my students. Encouraging them to build small business while pursuing their study is what I do now. I believe that not all of us were born to be an entrepreneur but if we give ourselves the opportunity, it is not impossible though, right?

So, say to yourself, I am entrepreneur to be, insyaAllah!!

(where is the will, there will be the way----betul ke ayat ni? belasah je, hehe)

Wednesday, March 7

Kebun Sayur

Sayur, kalau kita tanam sendiri, memanglah sangat sedap sebab guna baja organik gitew. Tapi kadang-kadang, aku tak letak baja pun, biar je dia membesar dengan sendiri, lagi la organik ye tak..hehe

Tapi mood nak berkebun ni datang tak tentu masa, kadang2 rajin, tapi bila time malas, nak siram pokok pun payah..haha Sebenar-benarnya, memang best kalau tanam pokok, bila tengok pokok tu membesar, membesar,membesar dan berbuah, hai macam orang tengah bercinta je rasa nye(haha tuan rumah yang over)..lebih kepada terapi minda sebenarnya.

Layan je la gambar kebun haku yang tak seberapa ni ye..


Si Kacang Panjang 

Barisan Cik Tomato 

Ada effect air, baru seksi cik tomat hijau,hehe 

Haa, ambik, berderet... pilih je nak yang mana...

Cik Timun baru nak bercambah 

 Jangan malu-malu, silalah panjat ye..

 Baby Timun, boleh?hehe

 Cecili pun nak interframe juga..

 Ni yang pertama merah, memang manis le, tak masam pun..

 Tak lupa pembantu tukang kebun..

 Gigih nak siram anak benih

 Hasil semaian, timun tak berapa besar, baja organik kannn...

Yang terakhir, bakul Pembantu Kebun 1 dan Pembantu Kebun 2 (masa ni dia kecik lagi tak reti nak menyibuk lagi)

Seronoknya berkebun, bila ye nak mula balik??


Monday, March 5

80

Apa yang ada dengan angka 80??

Menurut seorang kiyai, sekali kita tinggalkan solat wajib, walaupun di qada selepas itu, Allah akan memasukkan kita ke dalam api neraka selama 80 tahun..huhu nak nangis bila dengar...

dan lagi, menurut kajian tak rasmi, 80% umat Islam di Malaysia tidak solat..20% yang solat itu pun, berapa % je yang betul2 kusyuk solat nya..huhuhu nak nangis sekali lagi..

Semoga Allah melindungi aku, keluarga, kawan2 dan negara dari azabnya...amin