Tuesday, August 16

Pencen Ke-2

Biasanya, pekerja sektor awam akan diberi pilihan samada nak pilih skim pencen atau teruskan dengan skim KSWP. Kebanyakkannya mesti akan pilih skim pencen kerana ia adalah jaminan untuk kehidupan selepas bersara nanti. Duit pencen itu juga akan terus dipanjangkan kepada ahli keluarga kita walaupun kita dah tiada di dunia ini.

Baru-baru ini, terdengar ceramah Prof Muhaya, tentang pencen. Tapi pencen yang ini, lain sikit iaitu tentang pencen sebagai jaminan hidup di alam kubur nanti. Maknanya saham akhirat la. Cantikkan, maksud yang sama, cuma untuk kehidupan yang berbeza. Kalau difikirkan berapa banyak dah yang kita buat sebagai bekalan untuk saham akhirat kelak. Saham akhirat ni maksudnya, amalan kita yang tak akan putus walaupun kita dah mati...uish, susah juga ni, macam mana nak pastikan bekalan ini akan terus ada tapi kita dah tiada. Ada 3 perkara yang kalau tak silap aku yang akan membawa kita ke syurga :

1. Amal Jariah
Harta benda yang diinfaqkan ke jalan Allah. Antaranya, tanah yang diwaqafkan untuk orang ramai, atau untuk didirikan masjid, madrasah dan sebagai. Kebun juga boleh diwaqafkan, so selagi orang ramai menikmati hasil tanaman kebun itu, maka orang yang mewaqafkan akan terus menerus mendapat pahala.

2. Ilmu yang bermanfaat
Ilmu yang disampaikan tak kira ilmu agama atau ilmu dunia, selagi ia digunakan untuk aktiviti bermanfaat, akan diperolehi pahala selama mana ilmu itu di amalkan.

3. Anak yang Soleh
Doa anak yang soleh pasti dapat membantu ibubapanya di akhirat kelak. Rasulullah juga berpesan agar mendidik anak sebaik mungkin kerana anak yang baik akan memberi rahmat dan membawa ibubapa ke syurga.


Antara tips yang dikongsi berkaitan anak-anak,

1. Anak-anak yang soleh yang akan membawa kita ke syurga.

2. Buat carta bintang utk setiap solat yang dilakukan. Siapa yang paling banyak bintang boleh dapat/beli apa yang anak itu mahukan.

3. Anak menggambarkan ibu bapa, baik ibu bapa, baiklah anak.

4. Kreativiti adalah penting dalam mendidik anak-anak.

5. Solat adalah penting.

6. Buat apa-apa, mulakan dengan niat.

7. Pilihan mainan/video game yang sesuai. Minda anak-anak adalah taman, semailah benih yang baik, maka anak juga insyaAllah akan jadi insan yang baik. Kalau dihidangkan dengan video game yang lawan-lawan, jangan salahkan anak-anak kalau mereka bersifat ganas.

Banyak cabaran dalam mendidik anak-anak. Aku sangat berharap agar Allah sentiasa memberi hidayah dalam menjaga dan mendidik anak-anak agar Aqil dan Aqilah menjadi anak yang soleh dan solehah, dan akan mendoakan aku bila aku dah tiada nanti. Amin

No comments:

Post a Comment