Saturday, December 24

Ole-ole Dari UK

Cuti krismas tahun ni, kitaorg balik Sh Alam...Sebab utama, nak jumpa Mama Leen yang balik bercuti selama 2 minggu..dan sebab, ada kirim barang yang comel..hahaha Aku ni kan, bab2 gadjet masakan ni memang la suka membeli, guna nya tu yang entah bila..huhu takpe, semangat memasak perlu ada kan...(mode sedapkann hati,hehehe) Jom tengok apa barang yang comel tu..hehe


My 1st Set Silicone Mould Baking Ware...

Gigih tak gigih, kat UK benda ni 1 pound je, lebih kurang RM5 duit mesia..Mama Leen beli kat Poundland..kat sini memang semua barang harga 1 pound.Dulu masa duduk UK, sudip,kuali, cawan, pinggan semua aku beli kat sini sebab murah..Kedai ni lebih kurang macam kedai RM2 kat mesia..

Apa benda yang aku beli..Yang dalam gambar, ada dua set cupcakes mould, 1 set loaf mould. Sebenarnya, aku pesan muffin tray, tapi sebab takde stok, maka inilah yang disambar oleh Mama Leen.. TQ Mama Leen, nanti boleh kirim lagi eh.

Thursday, December 8

Project Mega

Wah, lama sungguh tak bergebang di udara..hehe Banyak benda nak cerita tapi masa gabung dengan malas nak buat macam mana kan.

Rumah dah nak siap, macam2 nak buat. Plan asal nak beli je sofa baru, tapi bila pikir2 nak sambung belajar, kot rumah tu di sewakan, sayang je sofa baru ku itu. Sofa sedia ada ni masalahnya dah terkopek-kopek kulit dia, ingat nak tinggalkan je kat rumah sewa sekarang. Tapi, masa tengok cerita Staging Invasion, dia tukar cover sedia ada kepada yang baru, terus Allah bagi idea untuk aku membuat cover untuk sofa aku tu sekaligus dapat menjimatkan duit dari membeli sofa yang baru.

Google punya google, rupanya orang barat memang biasala tukar sarung sofa ni dan di panggil Slipcover. Memang diaorg jahit sendiri je, dan banyak juga la website yang ajar macam mana nak jahit slipcover sendiri.

Gambar ehsan En Google

Ni contohnya, cantikkan. Bole ke aku nak buat macam ni eh? Rasanya dalam rancangan yang aku tengok tu dia pakai jenis stretch and cover macam orang ni buat.

Eh, tak boleh upload video plak, lain kali la try upload.
Tapi harga dia, mahal le bagi aku. Boleh je nak pesan kat adik ipar yang duduk UK tu, tapi, baik aku try buat dulu. Mana tau jadi pulak, boleh save budget kan..hehe Harap2 menjadi la impian aku ni, jangan hangat2 tahi ayam sudah la ye makcik. Kalau menjadi, boleh upload kat sini kan. Kita tengok je la angan2 makcik sorang ni. Kerja rumah pun banyak terbengkalai, inikan pulak nak menjahit bagai..We wait and see ye..hehe


En Aqil melawat rumah

Thursday, September 22

Berdikari

Aqil

Malam tadi, buat pertama kalinya, Aqil tidur dalam bilik sendiri. Mama tak paksa pun.
Perbualan malam tadi, di bilik Aqil.

Mama : Aqil tidur sini ye malam ni, tidur dengan Upin Ipin, nak tak? (kat dalam bilik ada tampal sticker Upin Ipin dan Ben 10)

Aqil : Nak tidur dengan Ben 10.

Mama : Ok, dengan Ben 10 sekali. Mama tidur dengan adik tau kat bilik depan.

Aqil : Ok. Tak yah tutup lampu eh.

Mama : Ok.

Mama pun bawa adik pergi bilik depan untuk tidur. Oleh sebab lampu bilik Aqil terbuka, terdengar la dia main lagi dan bunyi pintu almari dibuka. Hmmm...tak kisahla, kalau dia takut nanti dia datang la kat mama.

Pukul 3 pagi mama terjaga, tengok juga la kat sebelah kalau-kalau Aqil masuk bilik tidur dengan mama. Eh , takde pun Aqil. Mama pun jenguk la kat bilik Aqil. Sedang tidur dengan lena. Takde kesan airmata pun, maknanya Aqil tak nangis. Mama tarik katil yang bawah, takut2 Aqil jatuh katil nanti, takde la jatuh atas lantai (memang betul, bangun sembahyang Subuh, Aqil dah kat katil bawah dah pun). Kemudian ternampak patung One Piece papa disusun dengan elok je dalam almari. Owh ini rupanya keje Aqil buka tutup almari. Asalnya patung One Piece tu mama letak kat bawah je, sebab nak prepare katil untuk Aqil. Tak sangka pulak dia ambil patung tu dan susun kemas je kat dalam almari. Huhuhu dah besar anak mama..

Adik

Aik pulak, tengah ligat berjalan. Orang baru pandai jalan, baru dapat kaki orang kata. Nak makan pun sambil berdiri. Sekarang, adik dah pandai dengar arahan. Mama suruh masuk baju kotor dalam bakul pun adik dah pandai. Adik pun dah pandai nak main dengan abang, share minuman dengan abang, baca buku sama-sama dengan abang.

Huhuhu cepatnya anak-anak mama membesar.
Semoga anak-anak mama jadi manusia yang berguna suatu hari nanti, InsyaAllah.

Monday, September 12

Travelling With Strangers

Siapakah 'strangers' itu? The 's' shows the plural, means banyk makhluk asing..hahaha

Kisah 1 : Si Semut

Raya kedua, keluarga mak mertua dan adik beradik sepakat untuk pulang beraya ke kampung di Temerloh tercinta. Memandangkan rumah pusaka terletak di lereng bukit, dan dengan kawasan meletak kereta yang terhad, maka en suami terpaksa meletakkan kenderaannya di bawah pokok rambutan. Ceh macam nak jawab karangan bahasa melayu je..hehe Keesokkannya, ketika mahu pulang ke KL, bapa mertua mengkhabarkan bahawa ada semut masuk dalam kereta tetapi dia dah kibas-kibas kasi buang itu semut...then, FINE. Kemudian, sepanjang perjalanan pulang, seekor-seekor semut keluar dan mula memanjat di kesemua dinding dalam kereta. Hish, tak boleh jadi ni, kata ku bermonolog..Mana yang aku sempat capai, aku picit2 la..hehe Mau dekat 30 ekor yang berjaya aku penyet. Bila sampai KL, pergh banyak betul semut kat atas bumbung kereta.. Aku sedapkan hati, semut ni nak balik KL, tapi tiket bas dah abis, jadi dia tumpang la kitaorang..

Kisah 2 : Si Katak

Raya ke tujuh, aku dan anak-anak nak balik Johor dari rumah mak. En suami sudah selamat ke Kelantan untuk berkursus. Maka aku drive sendiri la, FINE. Aku bawa kereta ayah, sebab kereta aku masih dalam bengkel gara-gara accident. Semasa sedang enak-enak memandu, tiba-tiba..ada katak keluar dan merayau di bawah seat driver (kat kaki aku la tu). Terus aku gelabah macam nak apa je, terus bagi signal untuk berhenti. Geli weh...Berhenti kereta, cari balik katak tadi, x jumpa-jumpa. Wah macam mana ni?? Dah la panas buta, Adik plak nangis-nangis. Aku dah seram sejuk, kang kot aku drive balik kang, dia keluar semula, macammana? huhuhu haru betullah katak ni. Puas aku cari x juga jumpa. Last2 aku nekad untuk teruskan drive. Sampai Johor dia tak keluar.

Sebelum balik rumah aku singgah rumah sahabat, Cik Nina. Beria aku cerita pasal si Katak ni kat dia...Tumpang mandi bagai, dah nak maghrib, aku minta izin balik rumah. Baru lima minit drive, tetiba, si katak tadi keluar dan panjat paha aku..diulang PAHA aku...wah nak nangis je rasa, apalagi aku terus tepis katak tadi dan bawa kereta selaju yang boleh (sebab nak parking tepi x boleh, bahu jalan kecik sangat). Si Abang pun sibuk cari si katak..hahaha seram sejuk terus badan aku waktu tu. Sampai-sampai rumah, parking, cari kata x jumpa juga. Dah azan maghrib plak, terus aku bawa budak-budak masuk rumah dulu. Plannya, nak bawa kereta pergi carwash malam tu, nak minta budak-budak tu carikan katak tadi.

Lepas solat isyak, aku pergi ke kereta untuk keluarkan barang sebelum pergi carwash. Masa punggah barang tu, tetiba si katak tadi terpacul kat atas seat belakang. Memang terkejut mak nenek semua ada..huhuhuhu Aku dengan semangat yang kuat menepis katak keluar dari kereta. Dah la gelap, siap aku suluh katak tu nak pastikan yang dia dah betul-betul pergi jauh. Terus cancel pergi carwash sebab budak-budak pun dah nak masuk tidur. Esoknya baru aku pergi basuh kereta.

Haila, macam-macam hal. Memang dugaan betul.
Lucu pun ada, geli pun ada, inilah pengalaman aku mengembara dengan strangers..hehe

Thursday, August 25

10 Ramadhan Terakhir

Ramadhan kali ini banyak perbezaan dengan yang terdahulu.

Kalau Ramadhan yang lalu, aku pregnant dan melahirkan Aqilah pada 22 Ramadhan. Satu berita gembira buat aku dan keluarga pastinya.

Ramadhan kali ini, Allah takdirkan aku untuk terlibat dengan accident pada 20 Ramadhan. Aku yang bersalah, menyebabkan seorang penunggang motor cedera. Argh, betapa sedih, menyesal dan trauma aku dengan kejadian itu. Tetapi, aku tetap redha dan pasrah dengan qada' dan qadar. Setiap yang berlaku, ada rahsia dan hikmah disebaliknya. Perlu dilihat dari sudut positif. Kalau melihat dari sudut negatif, boleh gila kita dibuatnya. Ya Allah, Dia yang berkuasa dengan apa yang ada di langit mahupun di bumi. Semoga Allah terus melindungi aku dan keluarga dari bencana malapetaka dan gangguan syaitan khususnya. Kau lembutkanlah juga hati penunggang motor itu untuk memaafkan kecuaian dan kelalaian aku, Ya Allah. Amin

Semoga sisa-sisa Ramadhan ini membuka pintu ke arah kebaikan yang akan berkekalan sehingga Ramadhan tahun depan , InsyaAllah.

p/s: bestnya dapat buat kerja sambil dengar lagu Maher Zain, Irfan Makki dan Sami Yusof.

Tuesday, August 16

Pencen Ke-2

Biasanya, pekerja sektor awam akan diberi pilihan samada nak pilih skim pencen atau teruskan dengan skim KSWP. Kebanyakkannya mesti akan pilih skim pencen kerana ia adalah jaminan untuk kehidupan selepas bersara nanti. Duit pencen itu juga akan terus dipanjangkan kepada ahli keluarga kita walaupun kita dah tiada di dunia ini.

Baru-baru ini, terdengar ceramah Prof Muhaya, tentang pencen. Tapi pencen yang ini, lain sikit iaitu tentang pencen sebagai jaminan hidup di alam kubur nanti. Maknanya saham akhirat la. Cantikkan, maksud yang sama, cuma untuk kehidupan yang berbeza. Kalau difikirkan berapa banyak dah yang kita buat sebagai bekalan untuk saham akhirat kelak. Saham akhirat ni maksudnya, amalan kita yang tak akan putus walaupun kita dah mati...uish, susah juga ni, macam mana nak pastikan bekalan ini akan terus ada tapi kita dah tiada. Ada 3 perkara yang kalau tak silap aku yang akan membawa kita ke syurga :

1. Amal Jariah
Harta benda yang diinfaqkan ke jalan Allah. Antaranya, tanah yang diwaqafkan untuk orang ramai, atau untuk didirikan masjid, madrasah dan sebagai. Kebun juga boleh diwaqafkan, so selagi orang ramai menikmati hasil tanaman kebun itu, maka orang yang mewaqafkan akan terus menerus mendapat pahala.

2. Ilmu yang bermanfaat
Ilmu yang disampaikan tak kira ilmu agama atau ilmu dunia, selagi ia digunakan untuk aktiviti bermanfaat, akan diperolehi pahala selama mana ilmu itu di amalkan.

3. Anak yang Soleh
Doa anak yang soleh pasti dapat membantu ibubapanya di akhirat kelak. Rasulullah juga berpesan agar mendidik anak sebaik mungkin kerana anak yang baik akan memberi rahmat dan membawa ibubapa ke syurga.


Antara tips yang dikongsi berkaitan anak-anak,

1. Anak-anak yang soleh yang akan membawa kita ke syurga.

2. Buat carta bintang utk setiap solat yang dilakukan. Siapa yang paling banyak bintang boleh dapat/beli apa yang anak itu mahukan.

3. Anak menggambarkan ibu bapa, baik ibu bapa, baiklah anak.

4. Kreativiti adalah penting dalam mendidik anak-anak.

5. Solat adalah penting.

6. Buat apa-apa, mulakan dengan niat.

7. Pilihan mainan/video game yang sesuai. Minda anak-anak adalah taman, semailah benih yang baik, maka anak juga insyaAllah akan jadi insan yang baik. Kalau dihidangkan dengan video game yang lawan-lawan, jangan salahkan anak-anak kalau mereka bersifat ganas.

Banyak cabaran dalam mendidik anak-anak. Aku sangat berharap agar Allah sentiasa memberi hidayah dalam menjaga dan mendidik anak-anak agar Aqil dan Aqilah menjadi anak yang soleh dan solehah, dan akan mendoakan aku bila aku dah tiada nanti. Amin

Monday, August 8

Adab Berbuka Puasa Secara Buffer

Tengah dengar IKIM.fm, ada slot tentang adab berbuka puasa secara buffer di hotel. Bulan-bulan puasa ni, semua hotel dan restauran berlumba-lumba menawarkan pakej buffer ramadhan. Beratus-ratus menu disediakan, so terpulanglah pada kita nak pilih makanan yang kita nak makan.

Seronok nak catat kat sini sebagai panduan untuk diri sendiri.

Antara tips-tips nya:

1. Mulakan dengan makanan yang manis-manis contoh kurma, air, buah dan kuih yang manis.(Kalau ikut sunnah nabi, makan 3 biji kurma dan minum air)

2. Kemudian baru pergi ke Starter dan Appetizer. Makan makanan yang ringan-ringan dulu. Biasanya kat starter ada salad, kerabu, keropok dll.

3. Kemudian, tenangkan diri, tunaikan solat dulu.

4. Balik dari solat, baru makan main course.

5. Kalau nak makan makanan kampung, make sure dalam pinggan tu letak nasi dan lauk-lauk kampung, jangan dicampur dengan makanan itali misalnya. Jangan la pulak letak spageti dengan nasi goreng kampung dalam pinggan yang sama contohnya. Kena asingkan dalam pinggan yang lain. Habiskan dulu makanan kampung, then baru ambil makanan itali atau western food yang lain.

6. Same goes with desert, jangan masukkan cheesecake dengan kuih lopes dalam satu pinggan. Mungkin ada yang malas nak pergi ambil makanan banyak kali, tapi style buffer memang macam tu. Kalau ada 33 station menu makanan , so kita boleh berulang ke setiap station sebanyak 33 kali.

7. Jangan tamak letak semua makanan dalam satu pinggan. Ia mencerminkan diri kita sebenarnya, samada jenis gelojoh atau jenis yang cool.

8. Ambil makanan yang jarang kita makan. Kalau dah kat rumah makan nasi dengan sambal belacan, so tak perlu la makan benda yang sama.

9. Menu yang diregukan dalam satu pinggan pun perlu kebijaksanaan. Kalau tak pasti cara untuk makan sesuatu jenis makanan contohnya makanan jepun, makanan fusion dll, tanya terus pada chef yang ada kat situ. So dapat ilmu baru, jangan malu untuk bertanya.

10. Untuk makan udang, ketam atau daging yang rumit, kalau tidak disediakan pisau, boleh guna tangan. Tapi jangan sampai habis penuh satu tangan, guna 3 jari ditangan kanan. Kemudian lap tangan dengan napkin, dan teruskan makan dengan sudu dan garfu.

11. Kena pandai juga pilih jenis pinggan yang nak guna. Kalau nak ambil kuih, guna pinggan yang kecil je. Kalau main course, boleh guna yang besar.

Ada juga tips berpakaian yang sesuai untuk menghadiri majlis berbuka puasa. Antara yang dikongsi:

1. Dalam majlis rasmi, eloklah berbaju kurung atau berkebaya longgar. Jangan la pakai yang ketat-ketat, menambah dosa la pulak nanti. Perlu hormat majlis kerana ia majlis IBADAH berbuka puasa, maka kena hormat majlis.

2. Untuk yang tak pakai tudung, jangan pakai baju kurung yang nipis. Kalau boleh, pakai la tudung di kepala, bukan di bahu. Ia majlis ibadah, meraikan anak yatim berbuka, maka hormatilah majlis ibadah itu.

3. Sediakan juga 'beg ibadah'. Beg yang digunakan untuk meletakkan telekung dan kelengkapan ibadah yang lain.

Ini jelah yang sempat aku catat. Semoga jadi panduan untuk aku kot2 ada yang nak ajak berbuka di hotel. Ada ke?heheheh

Akhir kata untuk hari ini, perlu ingat,'Ramadhan adalah Pesta Ibadah, bukan Pesta Juadah'. Kesian kat perut sendiri, dah elok2 bulan ramadhan ni nak overhaul balik perut yang bekerja 11 bulan tanpa henti dulu, pastu ko pergi bantai makan macam2 masa berbuka..terkejut perut mak nyah..haha...sendiri mau ingatla..


Iftar 8

Kalau bab berbuka puasa, memang susah nak jangka.
Kalau boleh, tak nak lah makanan tu dibuang kalau x abis, sayang kan..so, penyelesaianya, simpan dalam peti sejuk untuk di kitar semula pada waktu2 yang sesuai..haha ni time malas nak masak, sesuai sgt la kan..

Oleh kerana buka puasa semalam terlebih makanan dan dek kerana sayang nak buang, maka aku akan kitar semula kuih dan lauk semalam untuk berbuka hari ni. Antara menu yang ada, ikan pekasam, cendawan goreng tepung, kuih murtabak. Lagipun, berbuka sorang kan, apa la sgt....belajar frozen2 makanan ni aku belajar dari Kak LG (Lemongrass) dari Salam dua Benua. Tak caya baca entri ini. Best betul baca blog dia, dah jadi rutin pun ye baca blog kakak sorang ni. Setiap pagi mesti pergi singgah blog dia dulu. Seronok baca experience dia yang berkahwin dengan Mat Saleh OZ, dan bahagia dgn life dia.

Ok hari ni x sempat mengaji lagi. Harapnya lepas Isyak nanti, boleh la spend masa untuk menyambung usaha untuk khatam..hehe jauh lagi tapi usaha harus diteruskan..gambatekudasai!

Saturday, August 6

Ramadhan 2011

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk berpuasa pada tahun ini...Dah masuk hari ke 7 pun, tapi baru juzuk 5...sempat ke x eh nak khatam..minggu depan mesti period..huhu iAllah, harus tingkatkan usaha, target puasa kali ni nak khatam, x kisahla smp hari ke 30 pun..caiyok!!

Tengok cerita Liga ilmu kat Astro Oasis, seronok isu yang dibincangkan.
Antara panel yg ada, Ustaz Hasyim, Prof Kamil dan Ustaz Akil Hay. Isu 'Jaga Tepi Kain Orang'. Kadang-kadang malas nak ambil tahu pasal orang lain, tapi lepas dengar Liga Ilmu, harusla kita ambil berat apa yang berlaku disekeliling kita. Tegur mana yang boleh. Berdakwah tak kira di mana, harus diteruskan, bak kata panel. Hai, semoga aku terus dalam lindungan hidayahMu Ya Allah..InsyaAllah akan cuba buat yang terbaik untuk diri, anak-anak, keluarga, pelajar-pelajar dan masyarakat setempat, InsyaAllah.

Tuesday, August 2

3 in 1

Jumaat lepas, kami satu keluarga travel ke KLIA untuk menghantar emak dan ayah menunaikan umrah sepanjang bulan puasa ni. Kalau tak, ayah nak pergi bulan puasa tahun lepas lagi, tapi sebab mak risaukan aku yang akan bersalin pada hujung bulan puasa, maka diaorang pun tangguhkan dulu niat nak berpuasa dan beraya di Mekah. Terharu kan..huhu mak dan ayah banyak berkorban untuk aku. Semoga aku diberi kesempatan untuk menyenangkan mereka selagi mereka ada, amin.



Mak dan Ayah


Lepas kiss-kiss, goodbye segala, kami (family aku dan along) menuju ke rumah MIL. En Along nak jalan-jalan ke i-City malam tu, so dia pun tido rumah MIL. Mula-mula macam boring je nak pergi i-City, tapi bila dah kat sana, ok juga tempat dia, sesuai untuk aktiviti satu family, terutama budak-budak la. Aqil enjoy main snow a.k.a ais kisar kat Snowalk, lepas tu naik train sampai tak nak turun dan tak nak balik. Haish, ada rezeki nanti nak datang lagi la. Tapikan berapa banyakla agaknya bil elektrik yang diaorang kena bayar tiap-tiap bulan eh, sebab banyak betul pokok-pokok lampu ada kat situ, haiwan-haiwan lampu pun banyak. Tak kuasa pulak aku nak check sumber nya..hehe



Colourful Trees


Flying Swan, ke Flamingo eh?hehe


Aqil and the Penguin aka Pororo


Spongebob Squarepant

Esoknya, oleh kerana tak tahu nak ajak along pegi mana, makanya aku ajak diaorg pergi IKEA. Sebenarnya aku yang nak pergi, tp sebab En Suami sibuk dengan menguruskan perlawanan futsal pelajar-pelajarnya, maka aku ajak la along dan keluarga. Seronok cuci mata kat sana. Geram tgk dapur yang cantik dan kemas je susun aturnya. Memang impian aku nak pasang dapur IKEA kat rumah sendiri nanti. Tapi haruslah menabung dari sekarang. Aku bukannya artis ada orang nak sponsor kan..haha. Cuci-cuci mata pun habis jugalah RM60. Nak upload gambar tapi malasnye lah..hehe Takpelah, ini pun catatan aku je, bebila nti kalau rajin aku editla tempek gambar.. Dah upload pun gambar, macammana plak nak center kan tulisan kat bawah gambar tu eh..huhu saya budak baru belajar...

Tuesday, July 26

Hanya Dia Yang Tahu

Allahu Akbar..

Sesungguhnya Allah lah yang mengetahui apa yang terbaik utk umatnya.
Kakak tersayang akhirnya kembali ke rahmatullah pada 16 Julai 2011, 14 Syaaban, sehari sebelum harijadi Aqil. Sungguh berat kami sekeluarga menerima takdir ini, tetapi kami redha dengan ketentuannya. Apa yang ditentukan Allah itulah sebaik-baiknya.

Walaupun begitu, aku bersyukur, pemergian Angah sangat dipermudahkan. Baik dari urusan jenazah, mandikan, kapankan, kebumikan, semua berjalan dengan sempurna. Ramai betul kawan-kawan Angah datang dari Sg. Koyan, walaupun perjalanan mengambil masa hampir 5 jam. Allahuakbar, sesungguhnya orang yang baik Allah akan jemput awal.

Macammana pula nasib aku kelak? Semoga aku juga akan mati dalam iman, itulah yang aku selalu doakan. Dan semoga Allah terus memberi hidayah untuk aku terus menikmati nikmat ibadah..amin

Thursday, July 14

Johor-N9-Pahang

Ok,ok..it's not a trip anyway..it's more about my journey to visit my lovely sis, Cik Ju. She is admitted in Hosp Kuala Lipis now, for kidney suspection. She might be tranfer to Hosp Temerloh for further inspection.

Oh Allah, please save my sister, may she recover sooner as it is hurt to know that she is not as cheerish lady as before.

I'll drive alone with my two diamonds heading to Along's place. Thanks Along for voluntering his car for the trip tomorrow. Then move to Palong, stay one night, before start the journey on the next day with Ayah and Papa also. Hope the journey and wheather will be fine..Amin

Kanvas Putih

Bila cakap tentang kanvas putih, mesti teringat melukis...
Huhu, tidakla aku reti melukis, memang tangan tak berseni bak kata orang.
Yang aku nak ceritakan di sini adalah tentang anak-anak aku, yang memang dilahirkan bersih suci macam kanvas putih, akulah yang perlu melakar corak samada nak jadi biru ke, hijau ke, eh dan macam politik plak rasanya..hahaha

Aqil dah nak masuk 3 tahun hujung minggu ni. Macam-macam perkembangan fizikal dan mental dah aku saksikan. Yang terbaru, dia dah pandai tiru balik apa yang aku kata pada dia dulu. Selalu kalau aku marah dia, mesti aku cakap macam ni "Aqil ni" sambil buat mata besar, then sambung "tak nak kawan aqil lah". Lately, dia selalu tiru balik ayat aku, samada kat aku, papa atau adik dia. Kalau adik dia rampas mainan mesti dia kata "Adik ni, tak nak kawan adikla".hahaha Bila dah lama-lama baru aku perasan he repeated my words.

Hai la anak!

Tuesday, July 12

Kenapakah?

Ye, kenapa wujudnya blog ini?

Pertama, tujuan utama adalah untuk memperbaiki seni penulisan yang dah lama berkarat, pastinya.hehe

Kedua, aku rasa perlu ada pembaharuan dalam hidup, perlu ada matlamat, dan aku letakkan blog ini sebagai penanda aras matlamat aku, so aku boleh check balik apa yang aku rasa, apa yang aku alami. Esok lusa kalau nak baca balik, then I have this blog to turn into.

Ketiga, aku suka baca blog orang, they give inspired to me, then I believe that I can do the same too. Kot la ada yang terbaca blog ini. For sure I'm not expecting readers ya, but if there is any, you are most welcome dear!

For sure, blog ini hanya untuk suka-suki saja...coretan aku, yang pastinya umpama pelangi, macam-macam warna yang akan muncul, ikut kepada warna penulis waktu tu la...

Till then, daa..